Wednesday 4 April 2012

Jauh di sudut hati ~


Ku percaya pada takdir yang tertulis buat kita. Jauh disudut hatiku aku rindu akan kemesraan yang pernah kita sama-sama ciptakan dulu. Engkau dan aku sama-sama mengukir janji untuk saling melengkapi dan menghargai antara satu sama lain. Kebahagiaan yang dicipta sememangkan sungguh mengasyikan. Janji setia, lafaz sayang dan kasih tidak pernah lekang dibibir. Walaupun pada hakikatnya, hubungan tu masih jauh dan tidak akan menjanjikan apa-apa. Rindu makin bertamu bila aku sentiasa mengenangkan dirimu yang sudah pun pergi jauh meninggalkanku. Hadirmu walaupun sementara, tapi ianya terlah banyak meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hidupku. 

"Jangan buat saya sampai betol-betol bencikan awak".


Apa yang jadi antara kita, sehingga hari ini meninggalkan seribu persoalan dalam benak fikiranku. Aku ditinggalkan tanpa diberi peluang untuk mengetahui dan menzahirkan apa yang tersurat dan tersirat selama ini. Pada mulanya aku merasa cukup kesal. Aku seolah-olah dipermainkan oleh takdir yang sememangnya telah tertulis buat diriku. Cukup lama aku cuba untuk menerima segala ketentuan yang sedang dan bakal berlaku. Sedih, kesal, marah, dan pasrah. Aku tidak mampu untuk meluahkan perasaan itu pada sesiapa pun. Semuanya jadi tak keruaan. Perasaan sayang dan kasih yang selama ini kau lafazkan membuatkan aku ibarat mencipta sebuah angan-angan palsu yang akhirnya membuatkan aku jatuh tersungkur dalam sebuah permainan yang aku cipta sendiri. Disaat aku mengetahui kebenaran yang ada depan mata aku sendiri, aku seolah-olah hilang punca, hatiku menjadi sayu dan fikiranku tidak menentu. Semua permasalahan dan kesilapan yang orang lain nampak tergalas berat di atas bahuku sendiri. Aku buntu! Aku sedih! Aku pasrah! Aku berserah! 

Terlalu lama aku berdiam diri, aku cari kembali sebuah perasaan yang selama ini cuba untuk aku buang jauh-jauh. Perasaan cinta, sayang, rindu. Tapi sayang, aku ibarat seorang insan yang tidak punya perasaan. Aku buang jauh semua perasaan itu. Aku bediri sendiri. Aku bangkit dan aku cuba buktikan pada semua yang aku mampu hidup tanpa dia walaupun pada hakikatnya ianya terlalu sukar untuk aku terima. 

Mungkin aku boleh tipu orang lain, tapi hakikatnya aku tidak mampu untuk tipu diri aku sendiri. Walau bagaimanapun semua tu dah pun menjadi sebuah ceritera cinta yang aku lakarkan sekadar mengisi hatiku buat sementara waktu.

Kepada si dia, 

"Awak, saya tak pernah mintak untuk awak kesiankan saya. Apa yang pernah jadi selama ini saya simpan dan saya sematkan jauh disudut hati. Hakikatnya terlalu pahit untuk saya telan dan laluinya sorang-sorang. Itu untuk pada mulanya. Tapi sekarang, saya dah pon belaja banyak benda. Berkorban kasih untuk insan yang paling saya sayang. Kasih dan sayang saya ikhlas buat diri awak. Kasih dan sayang saya bukan sebuah pertaruhan dan gadaian demi sebuah kebahagian yang saya impikan. Saya tak pernah mintak untuk awak terima saya dengan cara terpaksa. Hanya sekeping hati yang benar-benar memahami dan ikhlas buat diri ini. Dulu saya pernah cakap pada awak, perjalanan hidup kita masih jauh, banyak yang kita akan tempuhi dan lalui. Dan satu hari nanti jugak, hubungan kita tak akan jadi semesra ni. Dan semua tu dah pun terjadi. Awak bukan lagi insan yang saya pernah kenal dulu. Saya bukan lagi insan yang pernah berada dalam hati awak. Saya tak pernah mintak awak balas semuanya. Saya tak harap awak kesiankan saya. Cukup sekadar kenangan yang tercipta antara kita yang buatkan saya kuat untuk lalui hari-hari yang mendatang. Dari jauh saya selalu doakan awak bahagia, dan saya percaya awak dah pun jumpa kebahagian yang awak cari selama ini. Tahniah! Moga awak dan dia melalui sebuah perhubungan yang jauh lebih baik dari sekarang. Saya tak pernah berdendam pada awak. Saya terima semua ni ikhlas dan dengan harapan awak akan sentiasa bahagia bersama insan yang sangat menyayangi awak. Akhir kata dari saya, kalau awak tau kebenaran yang selama ni tersembunyi dek bayang-bayang awak awak cipta sendiri. Mungkin time tu awak akan sedar yang saya tidak lagi bersama awak. Segala perasaan yang saya rasa pada ketika dan saat ini biarlah saya simpan jauh dilubuk hati saya. Thanks for everything.. "



Mungkin selama ini aku terlalu lemah dengan setiap dugaan yang aku alami dan lalui. Tapi kini, aku mula menjadi seorang yang tabah dan kuat. Aku percaya Dia tidak akan menguji hambaNya, jika dia tidak kuat untuk laluinya. So, no more cry! Aku je yang mampu untuk cari kebahagiaan aku sendiri. Dan aku percaya setiap apa yang terjadi ade hikmah yang tersurat dan tersirat. Keep smile n be happy :)


Mungkin ini yang saya rasakan sekarang...



p/s : biarlah cinta dan sayang ini pada insan yang benar-benar menghargai. aku tak perlukan ianya sekarang kerana aku masih ingin mencari cinta yang Maha Esa yang kekal abadi dan tiada galang gantinya :)

No comments:

Post a Comment