Wednesday 4 April 2012

Jauh di sudut hati ~


Ku percaya pada takdir yang tertulis buat kita. Jauh disudut hatiku aku rindu akan kemesraan yang pernah kita sama-sama ciptakan dulu. Engkau dan aku sama-sama mengukir janji untuk saling melengkapi dan menghargai antara satu sama lain. Kebahagiaan yang dicipta sememangkan sungguh mengasyikan. Janji setia, lafaz sayang dan kasih tidak pernah lekang dibibir. Walaupun pada hakikatnya, hubungan tu masih jauh dan tidak akan menjanjikan apa-apa. Rindu makin bertamu bila aku sentiasa mengenangkan dirimu yang sudah pun pergi jauh meninggalkanku. Hadirmu walaupun sementara, tapi ianya terlah banyak meninggalkan kesan yang cukup mendalam dalam hidupku. 

"Jangan buat saya sampai betol-betol bencikan awak".


Apa yang jadi antara kita, sehingga hari ini meninggalkan seribu persoalan dalam benak fikiranku. Aku ditinggalkan tanpa diberi peluang untuk mengetahui dan menzahirkan apa yang tersurat dan tersirat selama ini. Pada mulanya aku merasa cukup kesal. Aku seolah-olah dipermainkan oleh takdir yang sememangnya telah tertulis buat diriku. Cukup lama aku cuba untuk menerima segala ketentuan yang sedang dan bakal berlaku. Sedih, kesal, marah, dan pasrah. Aku tidak mampu untuk meluahkan perasaan itu pada sesiapa pun. Semuanya jadi tak keruaan. Perasaan sayang dan kasih yang selama ini kau lafazkan membuatkan aku ibarat mencipta sebuah angan-angan palsu yang akhirnya membuatkan aku jatuh tersungkur dalam sebuah permainan yang aku cipta sendiri. Disaat aku mengetahui kebenaran yang ada depan mata aku sendiri, aku seolah-olah hilang punca, hatiku menjadi sayu dan fikiranku tidak menentu. Semua permasalahan dan kesilapan yang orang lain nampak tergalas berat di atas bahuku sendiri. Aku buntu! Aku sedih! Aku pasrah! Aku berserah! 

Terlalu lama aku berdiam diri, aku cari kembali sebuah perasaan yang selama ini cuba untuk aku buang jauh-jauh. Perasaan cinta, sayang, rindu. Tapi sayang, aku ibarat seorang insan yang tidak punya perasaan. Aku buang jauh semua perasaan itu. Aku bediri sendiri. Aku bangkit dan aku cuba buktikan pada semua yang aku mampu hidup tanpa dia walaupun pada hakikatnya ianya terlalu sukar untuk aku terima. 

Mungkin aku boleh tipu orang lain, tapi hakikatnya aku tidak mampu untuk tipu diri aku sendiri. Walau bagaimanapun semua tu dah pun menjadi sebuah ceritera cinta yang aku lakarkan sekadar mengisi hatiku buat sementara waktu.

Kepada si dia, 

"Awak, saya tak pernah mintak untuk awak kesiankan saya. Apa yang pernah jadi selama ini saya simpan dan saya sematkan jauh disudut hati. Hakikatnya terlalu pahit untuk saya telan dan laluinya sorang-sorang. Itu untuk pada mulanya. Tapi sekarang, saya dah pon belaja banyak benda. Berkorban kasih untuk insan yang paling saya sayang. Kasih dan sayang saya ikhlas buat diri awak. Kasih dan sayang saya bukan sebuah pertaruhan dan gadaian demi sebuah kebahagian yang saya impikan. Saya tak pernah mintak untuk awak terima saya dengan cara terpaksa. Hanya sekeping hati yang benar-benar memahami dan ikhlas buat diri ini. Dulu saya pernah cakap pada awak, perjalanan hidup kita masih jauh, banyak yang kita akan tempuhi dan lalui. Dan satu hari nanti jugak, hubungan kita tak akan jadi semesra ni. Dan semua tu dah pun terjadi. Awak bukan lagi insan yang saya pernah kenal dulu. Saya bukan lagi insan yang pernah berada dalam hati awak. Saya tak pernah mintak awak balas semuanya. Saya tak harap awak kesiankan saya. Cukup sekadar kenangan yang tercipta antara kita yang buatkan saya kuat untuk lalui hari-hari yang mendatang. Dari jauh saya selalu doakan awak bahagia, dan saya percaya awak dah pun jumpa kebahagian yang awak cari selama ini. Tahniah! Moga awak dan dia melalui sebuah perhubungan yang jauh lebih baik dari sekarang. Saya tak pernah berdendam pada awak. Saya terima semua ni ikhlas dan dengan harapan awak akan sentiasa bahagia bersama insan yang sangat menyayangi awak. Akhir kata dari saya, kalau awak tau kebenaran yang selama ni tersembunyi dek bayang-bayang awak awak cipta sendiri. Mungkin time tu awak akan sedar yang saya tidak lagi bersama awak. Segala perasaan yang saya rasa pada ketika dan saat ini biarlah saya simpan jauh dilubuk hati saya. Thanks for everything.. "



Mungkin selama ini aku terlalu lemah dengan setiap dugaan yang aku alami dan lalui. Tapi kini, aku mula menjadi seorang yang tabah dan kuat. Aku percaya Dia tidak akan menguji hambaNya, jika dia tidak kuat untuk laluinya. So, no more cry! Aku je yang mampu untuk cari kebahagiaan aku sendiri. Dan aku percaya setiap apa yang terjadi ade hikmah yang tersurat dan tersirat. Keep smile n be happy :)


Mungkin ini yang saya rasakan sekarang...



p/s : biarlah cinta dan sayang ini pada insan yang benar-benar menghargai. aku tak perlukan ianya sekarang kerana aku masih ingin mencari cinta yang Maha Esa yang kekal abadi dan tiada galang gantinya :)

Wednesday 28 March 2012

Dari Sebuah Cinta dan Harapan.

Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 


Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah perasaanya sama seperti perasaan kita.. ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan. 


Biarlah kita menjadi cinta terakhir kepada seseorang kerana mungkin kita sudah terlambat untuk menjadi cinta pertamanya tetapi kita tidak akan pernah terlambat untuk menjadi cinta terakhirnya.

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


Bila kita kecewa atau putus cinta kita selalu menyalahkan orang lain atas kegagalan cinta itu. Tapi pernahkah kita bermuhasabah dengan diri sendiri apa yang telah kita lakukan sehingga segala-galanya musnah. Kerana tanpa sedar kadang-kadang kita membuat kesilapan yang menutup pintu hati sang kekasih untuk terus mencintai kita. Kadang- kadang kita tewas dengan tipu helah orang ketiga yang sengaja mewujudkan jurang di antara kita. Bila hidup menjadi tidak terurus kerana kecewa ingatlah setiap benda di dunia ini tidak akan kekal lama tidak terkecuali CINTA. Jadi terimalah realiti. Di mana ada cinta disitu pasti akan ada perpisahan cuma masanya sekarang atau kemudian....